Pertumbuhan KDNK Malaysia turun kepada 4.0 peratus

Pertumbuhan KDNK Malaysia turun kepada 4.0 peratus

Pertumbuhan KDNK Malaysia turun kepada 4.0 peratus

Pertumbuhan KDNK Malaysia turun kepada 4.0 peratus

rajamatawang.com – Standard Chartered Bank mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia turun kepada 4.0 peratus bagi 2023 susulan jangkaan 8.8 peratus bagi setahun penuh 2022.

Ketua Ahli Ekonomi bagi ASEAN dan Asia Selatan, Edward Lee berkata unjuran kelembapan pertumbuhan itu sebahagiannya disebabkan oleh asas yang tidak menggalakkan dan normalisasi permintaan terpendam selepas COVID-19.

“Permintaan luar berkemungkinan lemah, menjejaskan sektor berkaitan perdagangan. Selain itu, kemuncak kitaran elektronik global akan membebankan sektor elektronik, pada pandangan kami,” katanya

Beliau berkata di peringkat domestik, kadar faedah yang lebih tinggi mungkin menjejaskan sentimen pelaburan swasta, terutama memandangkan prospek global yang suram, manakala kos pembayaran hutang isi rumah yang lebih tinggi dijangka memberi kesan ke atas perbelanjaan wajar.

“Pemulihan pelancongan seharusnya menjadi pendorong pertumbuhan Malaysia. Pelancongan ke dalam negara menyumbang kira-kira 8.0 peratus kepada KDNK sebelum COVID-19. Ketibaan pelancong hanya mencapai 50 peratus pada akhir Julai berbanding tahap sebelum COVID-19.

“Peningkatan semula sektor pelancongan seharusnya melonjakkan pemulihan dalam sektor berkaitannya seperti makanan dan minuman serta perkhidmatan penginapan, yang masih kekal di bawah tahap pra-COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata sektor pembuatan mungkin mengalami aktiviti yang lebih perlahan dalam segmen berorientasikan luaran seperti elektronik namun sektor berorientasikan dalam negara seperti segmen berkaitan pengguna dan pembinaan dijangka menyaksikan permintaan yang baik.

Pembinaan kekal menjadi antara sektor yang paling lambat pulih daripada COVID-19, namun kembalinya bekalan tenaga kerja asing dijangka menyokong pertumbuhannya pada 2023, katanya.

“Kami menjangkakan penggunaan isi rumah kekal positif susulan pasaran buruh yang stabil. Kebimbangan meluas mengenai pertumbuhan mungkin menjejaskan sentimen pelabur, namun pelaksanaan projek baharu yang besar seperti Transit Aliran Massa (MRT) 3 dan ‘Sarawak-Sabah Link Road’ dijangka menyokong pelaburan awam.

“Pelaburan langsung asing (FDI) yang memberangsangkan sejak beberapa tempoh suku lepas juga sewajarnya menyokong aktiviti pelaburan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya mengunjurkan inflasi keseluruhan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencecah 3.1 peratus pada 2023, menjadi sederhana berbanding 3.4 peratus pada 2022, berikutan kesan asas negatif selain harga makanan dan tenaga yang lebih rendah pada 2023.

Lee berkata unjuran inflasi 2023 oleh pihaknya mengandaikan bahawa subsidi bahan api akan diselaraskan mengikut penilaian dan secara bersasar pada separuh kedua (2H) 2023.

“Kami menjangkakan apabila harga Brent berada pada AS$100 setong dan jika hanya 20 peratus daripada pengguna bahan api RON95 yang disasarkan, IHP keseluruhan akan meningkat hanya 0.9 peratus berdasarkan asas tahunan, atau separuh daripada jumlah itu jika harga baharu dikenakan pada separuh kedua 2023,” katanya.

Mengenai kadar dasar semalaman (OPR), beliau berkata Standard Chartered mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan semula kadar itu dengan sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.00 peratus pada Januari , sebelum berhenti seketika pada Mac.

“Selepas itu, kami menjangkakan kenaikan 25 mata asas lagi pada Mei, dengan mengandaikan kerajaan mengumumkan beberapa bentuk pelarasan subsidi pada separuh kedua 2023. Risiko kepada jangkaan kami adalah kenaikan terakhir yang lebih awal iaitu Mac kepada 3.25 peratus.

“Kadar terminal pada 3.50 peratus kemungkinan memerlukan pertumbuhan kekal teguh, tekanan upah lebih tinggi dan rasionalisasi subsidi menjadi lebih agresif daripada yang kami jangkakan pada masa ini. Kami berpendapat kenaikan kadar sebanyak 50bps adalah kebarangkalian yang sangat rendah,” katanya.

Kadar terminal adalah paras kemuncak kadar faedah, yang menjadi penanda aras, akan terhenti sebelum BNM mula menurunkannya semula.

Mengenai keseimbangan, beliau berkata pihaknya menjangkakan ada ruang untuk BNM sekurang-kurangnya mengurangkan pemotongan kadar akibat COVID (kadar dasar sebelum COVID-19 adalah 3.0 peratus), sebelum berhenti seketika pada Mac untuk memberi masa bagi pengetatan lebih awal berkuat kuasa.

Jika anda ingin melabur dan trading, caranya sangat mudah, hanya guna Tradesia Malaysia, dijamin trading adalah yang paling mudah kerana Tradesia adalah platform trading terbaik! Di Tradesia anda boleh mempelajari strategi dan pengetahuan yang diperlukan dalam trading. Trading? Hanya Tradesia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *